Tajaan & Sumbangan

Kompleks Darul Ta'lim Jaulah Ummi Abie

Tajaan & Sumbangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

"Jom Raih Pahala Berterusan Sehingga Kiamat"

Firman Allah S.W.T:

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Maksud: “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.”[Surah Al-Baqarah: 26]

Assalamualaikum wbt..

Kami dari Kompleks Darul Ta’lim Jaulah Ummi Abie ingin mengajak para dermawan yang dirahmati Allah SWT untuk menghulurkan sumbangan bagi pembangunan dan penganjuran program dakwah di kompleks kami ini.

Untuk pengetahuan semua, kompleks Darul Ta’lim telah dirasmikan pada 6 Sept Ahad 2020 Oleh Tuan Guru Ust Shuaid Din ( Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak).

Kami mengfokuskan kepada pengajian Al-Quran & Fardhu Ain serta ceramah agama.

Dengan itu, kami berazam untuk memenuhi keperluan masyarakat dengan menyediakan pelbagai tawaran dan perkhidmatan:
  • Ta Lim Dhuha Berkitab
  • Kelas Pengajian Al Quran
  • Kelas Pengajian Kitab
  • Daurah Kitab/Bedah Buju
  • Kursus Latihan
  • Pengajian Berkitab Online
  • Usrati On Line
  • Wakaf Al Quran
  • Bantuan Kebajikan
  • Perkhidmatan Kaunseling
Kebanyakan program dakwah kami adalah percuma kerana operasi kami adalah hasil infaq masyarakat. Alhamdulillah, pusat dakwah kami mendapat sambutan dari masyarakat setempat dan ini membuatkan kami bersemangat untuk memenuhkan jadual pengajian di pusat dakwah ini.

ANTARA PROGRAM DI Darul Ta'lim Jaulah Ummi Abie

Senarai Jadual Program Feb 2022

Senarai Jadual Program Mac 2022

BANTULAH KAMI

Alhamdulillah, ramai yang berminat dengan pengajian agama kami disini. Namun begitu, usaha dakwah ini tidaklah mudah. Bagi merancang dan mengajurkan program-program yang dapat menarik masyarakat setempat, kami memerlukan khidmat dan kepakaran ramai orang untuk membantu kami. Untuk itu, kami memperuntukkan sebahagian kecil dana yang ada untuk mendapatkan khidmat mereka dengan bayaran elaun tertentu. 

Jesteru itu, bagi membangunkan dan meningkatkan lagi kualiti pusat dakwah ini, kami amat memerlukan bantuan tuan & puan untuk membeli lot kedai dan juga kemudahan-kemudahan lain yang membantu pembelajaran para peserta kami. Kami juga bercadang untuk mempeluaskan program dakwah dengan menganjurkan program-program pengajian secara online.

BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU KAMI?

BERAPA JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN?

Berikut adalah pecahan kos yang diperlukan :

1. Pembelian lot kedai: RM359,000

2. Penganjuran program dakwah dan kos pengurusan bulanan untuk :

  • Elaun Tenaga Pengajar ( Kelas Al Quran)
  • Saguhati Asatizah
  • Kos Pengurusan dan Utility

Anggaran kos bulanan adalah: RM5,000 – 10,000 sebulan (bergantung pada jadual program)

Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

  • PAKEJ A: TAJAAN PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN- RM 350
  • PAKEJ B: TAJAAN PENGAJIAN KITAB- RM 300 (SEBULAN)
  • PAKEJ C: TAJAAN BIL ELEKTRIK & BIL AIR  – RM 200 (SEBULAN)
  • PAKEJ D: TAJAAN KITAB – RM 250 (SEBULAN)
  • PAKEJ SEIKHLAS HATI – RM 10 atau berapa saja jumlah yang nak disumbangkan. 

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ini, ALLAH SWT akan berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.

InsyAllah, Amin… 

JOM REBUT PAHALA!

“Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas karana ALLAH, melainkan ALLAH akan menggantinya dengan berlipat ganda” -HR.Muslim-

Amat besarlah harapan kami agar kami dapat melaksanakan hasrat kami untuk menaik taraf kualiti program dakwah dan perkhidmatan kami, bukan saja kepada masyarakat setempat, malah pada masyarakat luar kawasan melalui program online.

Kami amatlah hargai sekiranya anda boleh turut bersama membantu kami dengan berinfaq pada dana pembangunan pusat dakwah ini. InsyaAllah, segala sumbangan yang anda berikan di jalan Allah SWT adalah simpanan sebenar di alam akhirat yang berkekalan abadi.

Kami warga Darul Ta’lim mendoakan semoga Allah SWT memgurnikan ganjaran pahala berterusan buat anda semua yang bantu usaha dakwah kami di Kompleks Darul Ta’lim Jaulah Ummi Abie ini.

LANGKAH-LANGKAH MENYUMBANG

Cara 1: 

Bank in secara CDM: 

Jaulah Ummi Abie Resources 
5581 7262 7879

1. Bank in ke nombor akaun

2. Tekan butang dibawah untuk Whatsapp kami resit transaksi untuk rekod kami.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh juga Whatsapp kami. 

Cara 2:

Bank in menggunakan payment gateway: 

Untuk bank in secara online melalui payment gateway, tekan butang dibawah.

Kemudian isikan butiran anda dan pilih bank yang anda mahu gunakan untuk transaksi.

Boleh memilih lebih daripada 2 pakej. Tekan butang “add to cart” untuk memilih pakej-pakej, kemudian tekan View Cart dan Checkout untuk melakukan pembayaran.

PAKEJ A: TAJAAN PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN (RM350)

PAKEJ B: TAJAAN PENGAJIAN KITAB (RM300)

PAKEJ C: TAJAAN BIL ELEKTRIK & BIL AIR (RM200)

PAKEJ D: TAJAAN KITAB (RM250)

atau pilih saja berapa amount yang ingin disumbangkan: 

PAKEJ SEIKHLAS HATI
Letakkan sebarang amoun yang ingin disumbangkan

P/S : Sekiranya anda menggunakan perbankan dalam talian (Toyyibpay) ini akan muncul ANSI SISTEM SDN BHD di bahagian statement bank, itu adalah third party sistem online transfer yang Kompleks Darul Ta’lim Jaulah Ummi Abie gunakan bagi memudahkan beri sumbangan waqaf secara dalam talian (online). Duit sumbangan tersebut tetap  akan terima oleh pihak Kompleks Darul Ta’lim Jaulah Ummi Abie

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
[HR Muslim, no. 1631]

Shopping Cart